Tuesday, June 15, 2010

PTD ? Now I Know

At last dapat juga membaca pasal PTD
Tenkiu ye ENCIK SUDU bagi kat kite ^_^


Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan bahawa asal usul perkhidmatan ini adalah lanjutan dari Malayan Civil Services sebelum ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.
Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.Perkhidmatan ini mempunyai bidang pengkhususannya yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Kesemua bidang pengkhususan ini membolehkan penjawat dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa.



Perkhidmatan ini memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah.
Perkhidmatan PTD menawarkan pembangunan kerjaya yang menarik dari segi penempatan seperti yang telah disebutkan dan peluang untuk mengikuti latihan dan kursus dalam perkhidmatan yang terbuka luas. 
Perkhidmatan PTD menyediakan peluang latihan dan kursus yang luas termasuk peluang mengikuti ijazah Sarjana dan Ph.D di dalam dan luar negeri. Ini memandangkan dasar latihan perkhidmatan PTD adalah untuk membentuk pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berwibawa dan mahir dalam bidang masing-masing serta bersifat versatile selaras dengan fungsi tugas pegawai PTD.

Aspek latihan dititikberatkan dari peringkat awal lagi yang mana pegawai PTD adalah disyaratkan mengikuti kursus sijil Diploma Pengurusan Awam (DPA) sebelum disahkan dalam jawatan. Pegawai-pegawai PTD seterusnya akan diberi latihan semasa dalam perkhidmatan seperti kepimpinan, perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kewangan, negotiation skill, teknologi maklumat dan lain-lain lagi. Pegawai-pegawai cemerlang akan ditawarkan mengikuti kursus peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D
Pegawai-pegawai PTD yang menunjukkan prestasi kerja dan kebolehan yang baik serta berpotensi boleh meningkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam perkhidmatan awam termasuk mengisi jawatan utama sektor awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan jawatan-jawatan penting lain seperti Pengarah-pengarah Jabatan dan Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Majlis Perbandaran.

No comments:

Post a Comment