Aku hanya makhluk Allah yang sama macam mereka yang lain. Aku juga kadang2 terasa mahu diambil pedulik. Tapi yang pastinya aku adalah aku. Aku tahu kadang2 harus sendirian utk diri aku sendiri.
Kau tak pernah perasan kewujudan aku. Kau tak pernah nampak sayang aku. Kau tak pernah nampak keutuhan dan kegigihan aku dalam melayan kau dengan penuh kegembiraan. Kau tak perlukan aku. Kau tak perlu jaga hati aku. Kau tak perlu berasa sedih. Aku tahu kau mmg tak pernah merasa apa pun semasa peninggalan aku di Facebook dan semasa ketiadaan aku. Aku tahu aku adalah Nur Zawani dan aku bukan dia yang kau kagumi dan kau idamkan. Kau ada kehidupan kau. Aku ade kehidupan aku. Kalau ikutkan hati aku mmg aku rasa marah dan cemburu dengan si dia itu. Tapi itulah lumrah manusia. Tak semua yang kita idamkan menjadi kenyataan. Aku terus disini. Aku terus diri teguh dengan kaki aku yang ada. Aku kluar hospital atau tak. Itu semua tiada kepentingan utk kau. Aku hanya tempelan. Aku hanya burung yang hinggap dijendela dan hiburkan hati kau disaat kau perlukan seseorang utk engkau tersenyum riang. Aku suka tgok kau gembira. Aku tumpang rasa ceria. Aku doakan kau akan bahagia. Aku doakan kau mendapat apa yang kau mahu. Aku doakan kau mendapat si dia yang kau idamkan. Aku tercipta bukan utk kau. Aku menerima apa adanya. That's the end of my sad story yang sangat stupid pada aku dan aku dah buang.
Aku mencuba menjarakkan diri dengan mereka dan kau. Aku cuba berlakon aku bahagia dengan kehidupan aku. Aku cuba berlaku adil dengan kau, mereka dan diri aku. Aku tak pernah membenci diri kau. Sebab pada aku kau terlalu sempurna. Kau terlalu baik. Kau terlalu mulus. Aku tak rasa kau penuh dosa. Even kau manusia biasa dan ada dosa. Begitu utuhnya aku terhadap kau yang aku gelarkan teman aku dimasa sekarang.
Sekarang aku belajar hidup tanpa telefon di tangan. Aku belajar hidup tanpa bantuan orang. Aku belajar kenali orang keliling aku. Setiap bait2 ayat yang aku taip ade makna nya. Dan aku pasti kau dan mereka tak akan mengerti bait2 ayat aku. Yer,aku mmg seorang yang susah untuk difahami. Itu aku akui. Aku tak mampu nak merubah corak hidup aku kerna aku bukan begitu. Biarlah kau dan mereka tak suka aku kerna diri aku dari kau dan mereka tertawakan aku kerna aku bukan diri aku.
Hidup aku penuh dengan hipokrit? Aku hanya hipokrit dalam senyuman yang aku ukir. Teman rapat aku yang dapat mengesan stiap senyuman aku sama ade ikhlas atau tidak. Namun kau dan mereka mmg tak kan pernah perasan itu semua. Pada kau, aku seorang yang tak kenal erti kesedihan.
Sekali lagi aku gagal kawal perasaan aku. Aku tewas. Tapi kali ini aku menjadi seorang yang lebih gagah. Aku belajar jadi seorang yang redha. Aku belajar jadi seorang yang menerima. Sekarang, aku seorang gadis yang HATI BATU dan gadis yang TAK PUNYA PERASAAN. Maaf. Mungkin aku kasar tapi aku punya hati nurani seperti mereka diluar. Seperti kau dan mereka. Kita adalah manusia.
Sekarang aku mula kan kehidupan aku lagi sekali. Aku jadi seorang tak banyak cakap. Aku jadi seorang yang makin sukar difahami. Aku lebih banyak luangkan masa dengan termenung. Aku lebih banyak bazirkan masa aku dengan merenung mereka2 diluar sana dengan pelbagai ragam. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tidak lagi memikirkan mengenai kasih sayang. Pada aku kasih sayang itu sebenarnya hanyalah permainan dalam duniawi. Aku tidak lagi memikirkan hal2 remeh yang hanya akan merosakkan hubungan persahabatan hanya kerana perasaan aku yang bodoh seorang. Aku jadi seorang yang selfish. Aku tidak lagi hiraukan keliling aku. Aku hanya hidup dengan dunia aku. Dunia aku sendiri. Aku tak akan campuri dunia mereka dan dunia kau. Aku berusaha untuk diri megah disini. Apa yang berlaku akan aku pendam. Aku tidak akan berkongsi bersama siapa pun. Itu janji aku pada diri aku. Maaf teman. Aku bukan seorang kawan yang pandai bercerita seperti mereka dan kau. Aku hanya tahu membuat orang keliling aku pening memikirkan aku. Aku tidak mahu lagi bebankan mereka yang aku sayang dan aku amik pedulik.
Mulai saat ini aku bukan lagi Nur Zawani yang sangat petah berkata dan periang dihadapan semua orang. Maaf ku pinta atas segala yang pernah berlaku. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.
Mulai saat ini aku bukan lagi Nur Zawani yang sangat petah berkata dan periang dihadapan semua orang. Maaf ku pinta atas segala yang pernah berlaku. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.
hey gorgeous.
ReplyDeleteaku dah tukaq link blog aku tau.
http://iloltoomuch.blogspot.com
xpa xyah periang sangat pun. aku tak lari pun.haha
Salam,
ReplyDeleteWhatever that happening to you treat it as a test from Allah SWT and you must be patient and pray to HIM...Berpegang kepada Al-Quran dan Islam untuk mencari ketenangan hakiki...InsyaAllah kasih sayang itu ada :) Senyum
masa kan menceritakan:)
ReplyDeletey pentg, jadi diri sendiri:)
Sabar wani. Ada hikmah.
ReplyDeleteManusia yang tidak melihat dengan mata hati memang begitu.
Sabar. Allah sayang pada hambaNya yang sabar.