Sunday, July 25, 2010

Menjadi Model Kanak-kanak Ribena Untuk Hasif

LOCATION : KLCC
PEMAKAIAN : SELUAR & T-SHIRT
TEMA : SIMPLE  =)
HARI : SATURDAY (24hb July)

A lot of thank u to the MR.CHENTA the photographer 
My beloved fren Encik Hasif Rahman
My spoon ( encik sudu )
A lot of candid photo from me
I dunnoe how to pose like a model
Encik Hasif kata candid terbaek utk sy xtau posing
Be my own self here
^_^
Take a look the pictures

I'm Braces Gurl =D




Me and my fren ( Farah )


Here some picca of me and Mr. Chenta


Im happy on that day !!
Thank u so much Encik Hasif  =)
Thank u so much coz blanje tgok wayang !! ( INCEPTION )
Nanti jom lagi sekali
Weee~~ =D

Thursday, July 15, 2010

Apartment Arena Shamelin Cheras

masuk ari ni aku dh 2malam sendirian dekat apartment.
aku demam. aku xsehat.
aku xsuka situasi xsehat ini.
aku dh susahkan kwn aku dari putrajaya dtg pd aku.
melawat aku.
hate this.
kedai makan agak jauh.
kena melintas jalan.
aku seorang yang xpandai melintas.
aku seorang penakut dlm melintas jalan.
even aku dh ada lesen.
mmg nampak kelakar.
tapi tulah hakikatnya aku.
perkara paling aku xsuka wat sorg2 melintas jalan.
aku paling lemah dlm melintas jalan.
so aku amik point utk xmelintas.
jadi nya aku hanya makan nestum yg aku ade bawa dtg.

keliling apartment ni penuh dengan bangsa cina.
mereka duduk dalam umah je.
dan aku turut serta hanya duduk dalam umah.
setiap malam hujan.
aku suka tgok hujan.
ujan tu bg aku ketenangan idup.
sebab ujan juga lah aku demam.
demam makin melarat.
muntah & makin panas badan aku.
aku berdoa semua akan kembali sehat.

bila aku xsehat.
aku pasti rasa lemah.
dan aku xsuka akan kelemahan ini.
aku seorang yg kuat.

bila duduk sendirian rasa bosan kadang2 selubungi aku.
tp apa kan daya aku.
dah mmg aku duduk sorg diri till next week katanya.
entahlah.
harap2 adalah teman2 rumah yg kesian dgn aku.
dan akan tdo bersama aku & temani aku keseorangan disini.

bkn aku xde teman dekat area blok apartment.
ade mmg sgt ade.
tapi dia duduk blok depan & dia sentiasa bersama insan yg dia sayang.
dan aku xkan nak jadi pengganggu life dia.
mestilah tidak.
so aku hanya mampu iya kan & angguk shj.
aku xkisah ditinggalkan sndirian.
tapi sewaktu aku xsehat ni aku xsuka sorang2.
maaf.
hanya luahan hati aku sepanjang 2 malan di aprtment yg kosong.

Tuesday, July 6, 2010

Nukilan Hati Wani

Aku hanya makhluk Allah yang sama macam mereka yang lain. Aku juga kadang2 terasa mahu diambil pedulik. Tapi yang pastinya aku adalah aku. Aku tahu kadang2 harus sendirian utk diri aku sendiri.


Kau tak pernah perasan kewujudan aku. Kau tak pernah nampak sayang aku. Kau tak pernah nampak keutuhan dan kegigihan aku dalam melayan kau dengan penuh kegembiraan. Kau tak perlukan aku. Kau tak perlu jaga hati aku. Kau tak perlu berasa sedih. Aku tahu kau mmg tak pernah merasa apa pun semasa peninggalan aku di Facebook dan semasa ketiadaan aku. Aku tahu aku adalah Nur Zawani dan aku bukan dia yang kau kagumi dan kau idamkan. Kau ada kehidupan kau. Aku ade kehidupan aku. Kalau ikutkan hati aku mmg aku rasa marah dan cemburu dengan si dia itu. Tapi itulah lumrah manusia. Tak semua yang kita idamkan menjadi kenyataan. Aku terus disini. Aku terus diri teguh dengan kaki aku yang ada. Aku kluar hospital atau tak. Itu semua tiada kepentingan utk kau. Aku hanya tempelan. Aku hanya burung yang hinggap dijendela dan hiburkan hati kau disaat kau perlukan seseorang utk engkau tersenyum riang. Aku suka tgok kau gembira. Aku tumpang rasa ceria. Aku doakan kau akan bahagia. Aku doakan kau mendapat apa yang kau mahu. Aku doakan kau mendapat si dia yang kau idamkan. Aku tercipta bukan utk kau. Aku menerima apa adanya. That's the end of my sad story yang sangat stupid pada aku dan aku dah buang.


Aku mencuba menjarakkan diri dengan mereka dan kau. Aku cuba berlakon aku bahagia dengan kehidupan aku. Aku cuba berlaku adil dengan kau, mereka dan diri aku. Aku tak pernah membenci diri kau. Sebab pada aku kau terlalu sempurna. Kau terlalu baik. Kau terlalu mulus. Aku tak rasa kau penuh dosa. Even kau manusia biasa dan ada dosa. Begitu utuhnya aku terhadap kau yang aku gelarkan teman aku dimasa sekarang.


Sekarang aku belajar hidup tanpa telefon di tangan. Aku belajar hidup tanpa bantuan orang. Aku belajar kenali orang keliling aku. Setiap bait2 ayat yang aku taip ade makna nya. Dan aku pasti kau dan mereka tak akan mengerti bait2 ayat aku. Yer,aku mmg seorang yang susah untuk difahami. Itu aku akui. Aku tak mampu nak merubah corak hidup aku kerna aku bukan begitu. Biarlah kau dan mereka tak suka aku kerna diri aku dari kau dan mereka tertawakan aku kerna aku bukan diri aku. 

Hidup aku penuh dengan hipokrit? Aku hanya hipokrit dalam senyuman yang aku ukir. Teman rapat aku yang dapat mengesan stiap senyuman aku sama ade ikhlas atau tidak. Namun kau dan mereka mmg tak kan pernah perasan itu semua. Pada kau, aku seorang yang tak kenal erti kesedihan.


Sekali lagi aku gagal kawal perasaan aku. Aku tewas. Tapi kali ini aku menjadi seorang yang lebih gagah. Aku belajar jadi seorang yang redha. Aku belajar jadi seorang yang menerima. Sekarang, aku seorang gadis yang HATI BATU dan gadis yang TAK PUNYA PERASAAN. Maaf. Mungkin aku kasar tapi aku punya hati nurani seperti mereka diluar. Seperti kau dan mereka. Kita adalah manusia.


Sekarang aku mula kan kehidupan aku lagi sekali. Aku jadi seorang tak banyak cakap. Aku jadi seorang yang makin sukar difahami. Aku lebih banyak luangkan masa dengan termenung. Aku lebih banyak bazirkan masa aku dengan merenung mereka2 diluar sana dengan pelbagai ragam. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku tidak lagi memikirkan mengenai kasih sayang. Pada aku kasih sayang itu sebenarnya hanyalah permainan dalam duniawi. Aku tidak lagi memikirkan hal2 remeh yang hanya akan merosakkan hubungan persahabatan hanya kerana perasaan aku yang bodoh seorang. Aku jadi seorang yang selfish. Aku tidak lagi hiraukan keliling aku. Aku hanya hidup dengan dunia aku. Dunia aku sendiri. Aku tak akan campuri dunia mereka dan dunia kau. Aku berusaha untuk diri megah disini. Apa yang berlaku akan aku pendam. Aku tidak akan berkongsi bersama siapa pun. Itu janji aku pada diri aku. Maaf teman. Aku bukan seorang kawan yang pandai bercerita seperti mereka dan kau. Aku hanya tahu membuat orang keliling aku pening memikirkan aku. Aku tidak mahu lagi bebankan mereka yang aku sayang dan aku amik pedulik.


Mulai saat ini aku bukan lagi Nur Zawani yang sangat petah berkata dan periang dihadapan semua orang. Maaf ku pinta atas segala yang pernah berlaku. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan dalam kehidupan.


Friday, July 2, 2010

Ku Berserah Pada Maha Esa

Dunia oh dunia..aku xtau kenapa aku rasa dunia ni kadang2 mencabar aku..aku xpasti kenapa..kadang2 aku merasakan dunia ini xadil terhadap aku..kenapa harus aku..kenapa mesti aku..terpulang lah nak kata aku ni pmpn yg xtau bersyukur atau apa2 aje..aku terima..aku bkn tidak bersyukur atas apa yg aku ade..kadang2 aku pelik dgn kehidupan aku..aku xfaham dgn diri aku sendiri..salah ke aku mempunyai perasaan sayang pada manusia??

Aku tahu aku tersilap langkah kali ini..aku menyukai mereka yg tak pernah skalipon memikirkan ttg aku..perasaan aku sgt kejam..aku xharapkan balasan..tapi inilah dikatakan hati & perasaan tak dpt bohong..yer! aku akui aku ada hati pada dia..tapi aku tahu yg aku hanya mampu melihat dari jauh..aku xmampu memiliki dia..siapa aku jika dibandingkan dgn gadis yang dia mahu tu..siapa aku jika nak dibezakan dgn wanita yang ada diluar tu..aku hanya insan kecil atas muka bumi ini..

Aku xtahu knp aku nk menulis pasal entry perasaan aku..maaf kalo ade yg rase geli entry aku kali ni..aku hanya mampu luahkan isi hati aku pd keyboard laptop..disini aje tempat aku mngadu nasib aku..aku tidak mengharap kan teman2 keliling aku ade dtg utk aku..aku mampu sendiri..aku tahu aku kuat..

Aku benci diri dia..dia dtg pada aku mcm ombak yg pukul pantai..hanya sementara..tapi aku tetap begini..aku benci dgn diri aku..aku benci diri dia..kenapa dia wujud..knapa dia amik berat pasal aku..kenapa dia berbuat baik pada aku..janganlah bagi harapan kpd diri aku ini..aku mohon..

Aku harus sedar akan diri aku ni..aku hanya manusia yg penuh ketidaksempurnaan..aku tahu tiap laki dlm dunia nie blm tntu dapat menerima aku dgn keadaan aku..stiap kali ade yg berkata “SAYA SAYANG AWAK, JOMLAH JADI PASANGAN SAYA” aku tahu ayat tu hanyalah utk mereka isi kekosongan di dada mereka..aku hnya tempelan dlm idup mereka..bila aku menceritakan keadaan aku dari A-Z aku pasti semua akan lari bertempiaran meninggalkan aku..hati aku sgt sakit..tapi aku xpernah sekalipon menitiskan air mata aku..aku faham knapa semua pergi tinggalkan aku terkapai2 sendirian..aku redha atas apa yg berlaku..aku terima YA ALLAH..



Ayat2 yg sering aku terima bila aku ceritakan mengenai sejarah idup sakit aku :-

1.     Penyakit awk ni bawa pada anak, cucu & cicit tak??
2.     Mcm mana nnt kalo awk xmampu berjalan slps kite kawen??
3.     Saya minta maaf Wani..saya rasa sy xmampu jaga awak..
4.     Penyakit awak ni mesti teruk kan? Susahlah awk nk ade jodoh.
5.     Kalo umur dh 23thn xde sape2 dlm idup awk ni Wani..alamatnya awk xde jodoh
6.     Kesian lah kat awak ni..
7.     Simpati gila kat awak..mesti ramai yg kawan awk sbb ksiankan awak kan??
8.     Betol ke ko ade sakit ni Wani?? Aku mcm xpercaya aje..aku tgok ko mampu gelak tawa..
9.     Mcm mana ko boleh terima sakit ni? Kalo akulah Wani..dah lama dh aku mengurung diri..

Bait2 ayat yg ade ka atas tu semua nya dah lali dlm idup aku..aku pekakkan telinga aje..apa salah ke aku ade sakit??Allah turunkan sakit utk aku pasti bersebab..aku yakin ade hikmahnya..yer mmg aku mampu tersenyum & ketawa seolah2 aku tidak sakit..aku akui..tapi korang tak rase jerit perih nya aku menghadapi sakit ni sendirian..kadang2 trpakse menipu utk tak jadi beban wat smua org..aku redha..selagi tulang 4 kerat aku msh wujud,selagi tu aku tahu aku mampu diri megah dgn idup aku..korang nk pk apa pon pasal aku & life aku terpulanglah..aku juga manusia..aku juga punya hati & perasaan mcm manusia lain..

Aku mmg suka sembunyikan perasaan aku sndiri..kerna aku sedar akan diri aku ini yg penuh dgn ketidaksempurnaan..aku byk kali down dgn diri aku sendiri..knapa org pertikaikan penyakit yg aku ada..bkn aku minta utk sakit begini..dan aku xminta simpati mereka kat luar sana..aku juga xpernah nk mengemis utk dptkan perhatian dlm idup aku..aku xminta korang kawan dgn aku ats dasar simpati mahupun kesian terhadap aku..

Mulai saat ini..janganlah persoalkan ttg sakit aku..jangan lah persoalkan ttg pasangan idup pada aku..aku xde jawapan utk itu semua..aku dah penat mencari..bkn aku xmahu ade teman hidup..tapi teman yg ade utk aku pasti akan pergi meninggalkan aku & akan persoalkan pada aku pelbagai soalan..aku mampu idup tnpa pasangan idup yang dipanggil “COUPLE / TEMAN IDUP” aku mampu diri tegak..dan aku xperlukan mereka utk kesiankan aku..tolonglah jangan persoalkan soalan yg korang sndiri tahu apa jawapan nya..

Hanya satu aku minta..DOA..


Aku hanya insan kerdil ats muka bumi Allah ; Nur Zawani Omar


Cinta ibarat kupu-kupu. makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Thursday, July 1, 2010

I Hate Myself For Loving You

saya xske dgn kehidupan mcm ini..
saya benci awak..
saya benci saya yang sukakan awak..
saya tahu saya xkan dapat awak..
maaf..
saya hanya bertepuk sebelah tangan..

skrg saya dh sedar..
makanya saya akan usaha utk membuang awak..
buang awak jauh dari hati saya..
maafkan saya...
bukan niat membenci awak..